Bahasa Gerak Balas

Saturday 10 December 2011 0 comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-zQrP6zMzQOxGCX6NB59S1fQCm0vbrtmo7LMt9nf18g_hcG7S-Dhqp_5VC-rV9RBFsMZjtOPdUYTglYzeVRQWpM5SYSwAf8V42W-GEr_kiI24_XXcEQYNvjFstOBZOi6jj_IijM7KOMY/s400/Ejaan,+Gerak+Balas.jpg

Kata Majmuk

0 comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUhqauk7XjgGlOCFjh4XeiS-KltH7WsGSrWc7pqcSPIMO8F8pFawwSsqO0BLSsAEyXIei4gHSwEl5Xak17ES6qGdBZRWP5u94Te2b_qstQ5J9crY2nhmOmlq-L4vkNZx4FSpnOJ1v-965Z/s1600/PMR_BM2a.gif

Kata Tunggal Dan Kata Majmuk

0 comments
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhc8k1d5rlD0N75MF-I58ek_ppwsy17BAsbCuIfeYJ9x442EEgOtS_fgpAuekdYw4uNNx1w0qvKcnqfNnOKt_mkz9xmCe4QU5CrngaaHmsTqMX8ZjNVUlxW_3mfW6IPONt2l1zoMErB0OM/s400/Ejaan,+Kata+Majmuk-Frasa.jpg

Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )

Senarai Peribahasa

0 comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKpUVhM-Kg5GAKTdkqC-ACZTp7qi6LLrz8FOMQfg4uKf55cjXfY3_Q685hSgbbkKnydJNSbG5Dz-3NFZtBkwDg3_5e8TbVpz_V7yZoBkICj9l_xdllYCZIE8vnUtSU-54RoojLU_efrFbB/s1600/PJ-0859l.jpg

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

Peribahasa

Thursday 8 December 2011 0 comments
PERIBAHASA

Maksud
  • susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
  • terbahagi kepada dua :
i. peribahasa tradisi – digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan.

ii. peribahasa moden – dicipta selepas kemerdekaan.

Mengandungi susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Ia merangkumi :

i. Simpulan bahasa
ii. Perumpamaan
iii. Pepatah
iv. Bidalan
v. Bahasa kiasan.

i. Simpulan bahasa

- Kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata.
 
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya :

a. Ada angin
. mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
. sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri

b. Anak buah
. orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua
. anak saudara.

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi makna yang sama. Contohnya :
Muka tembok, muka talam dan muka tebal.
Maksudnya, seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.

Tua keladi, tua kutuk dan tua lengkuas
Maksudnya, seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi tidak senonoh atau jahat.

Contoh-contoh Simpulan Bahasa dan Maknanya.


Simpulan Bahasa
Maksud
Ada angin
Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
Ada hati
Mempunyai keinginan
Air muka
Rupa atau wajah seseorang
Ajak-ajak ayam
Tidak bersungguh semasa mempelawa seseorang
Ada bakat
Mempunyai tokoh atau perwatakan
Alas perut
Makanan yang dimakan untuk sementara waktu
Anak angkat
Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
Anak bapa
Anak yang disayangi oleh bapa
Anak buah
- Orang yang dibawah jagaan seorang ketua
- Anak saudara
Anak emas
Anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
Angkat kaki
Meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
Atas angin
Negara-negara disebelah barat
Atas pagar
Tidak menyebelahi mana-mana pihak
Bau-bau bacang
Tali persaudaraan yang jauh
Berbelah bahagi
Sukar untuk membuat keputusan
Berat sebelah
Tidak berlaku adil
Bermuka dua
Tidak jujur
Bertikam lidah
Bertengkar atau berdebat
Cari Jalan
Berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
Darah daging
Ank kandung
Gelap mata
Hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
Jalan buntu
Tiada jalan penyelesaian
Kacang hantu
Orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
Khabar angin
Berita yang belum tentu benarnya
Lidah bercabang
Kata-kata yang tidak dapat dipercayai
Malu-malu kucing
Berpura-pura malu dihadapan orang
Mati katak
Mati dengan sia-sia
Membabi buta
Melakukan sesuatu tanpa berfikir
Membuka tembelang
Menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
Mencuci mata
Gembira memerhatikan sesuatu yang indah
Mengabui mata
Cuba memperdaya atau menipu
Nyawa-nyawa ikan
Hampir mati
Paku belanda
Barangan yang tetap harganya
Puteri lilin
Orang yang tidak tahan panas
Serkap jarang
Membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
Tebal muka
Tidak tahu malu
Telinga lintah
Tajam pendengaran
Tidur-tidur ayam
Tidur yang tidak nyenyak
Tin kosong
Bercakap besar tanpa ilmu
Lintah darat
Mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
Pisau cukur
Perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki

ii. Perumpamaan
  • Susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas swerta mempunyai maksud yang tersirat
  • Biasanya dimulai dengan bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
  • Contoh-contoh dan maksudnya :

Perumpamaan
Maksud
Bagai bunyi cempedak jatuh
Bunyi jatuh yang kuat
Bagai dihiris dengan sembilu
Perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging
Sesuatu hal yang tidak maenyenangkan
Bagai itik pulang petang
Berjalan lambat sekali
Bagai kumbang putus tali
Amat cepat
Bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat sesuatu kerja sambil lewa
Bagai mencencang air
Membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai murai tercabut ekor
Seseorang yang becok mulutnya
Bagai tikus membaiki labu
Merosakkan lagi barang yang dibaiki
Bagai si kudung mendapat cincin
Orang yang tidak dapat menikmati atau menggunakan kemudahan yang diberi
Seperti abu di atas tunggul
Kedudukan yang tidak tetap dan tidak terjamin
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti api dalam sekam
Perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur
Muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih goreng
Bunyi bising atau percakapan yang tidak henti-henti
Seperti cacing kepanasan
Tidak diam atau tenang, selalu gelisah
Seperti embun di hujung tanduk
Kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti kera kena belacan
Tidak suka duduk diam
Seperti tikus jatuh ke beras
Memperolehi kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti rusa masuk kampung
Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru

iii. Pepatah
  • Seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi ia mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah
  • Contoh-contoh 

Pepatah Melayu
Maksud
Ditelan mati emak, diluah mati bapa
Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tengah-tengah
Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita
Harapkan pagar, pagar makan padi
Percaya akan orang yang mengkhianati kita
Kalah jadi abu, menang jadi arang
Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian 
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga
Biar putih tulang, jangan putih mata

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya
Gengganm bara api biar sampai jadi arang
Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa  ada usaha
Buang yang keruh ambil yang jernih
Buang yang kurang baik, ambil yang baik
Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali
Lakukan kerja yang baik biarlah ada batasnya tetapi jangan melakukan kejahatan
Hancur badan dikandung tanah budi baik dikenang orang
Budi yang baik akan diingati orang walaupun orangnya sudah meninggal
Jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
Janji mesti ditepati
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan
Menunjukkan kesyukuran di atas pemberian kepada kita
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi
Mendapat sesuatu yang diingini

iv. Bidalan
  • Susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan, terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran.
  • Contoh-contoh bidalan :

Bidalan
Maksud
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha
Alur bertempuh, jalan berlurut
Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim
Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Perlu berhati-hati apabila melakukan sesuatu
Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak
Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap
Biar alah sabung, asalkan menang sorak
Tewas dalam perlawanan namum masih bercakap besar
Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati
Biar hidup dalam kesusahan asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia
Biar mati anak jangan mati adat
Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban
Biar putih tulang jangan putih mata
Sanggup mati daripada menyerah kalah
Buang yang keruh ambil yang jernih
Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja
Biar pecah diperut jangan pecah dimulut
Menyimpan rahsia
Genggam bara api  biar sampai jadi arang
Bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu perkara
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta
Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak
Jangan berlagak sombong apabila mempunyai sesuatu kelebihan
Jangan bermain di air keruh
Usah ditiru perbuatan yang buruk
Jangan dilepaskan  tangan kanan sebelum tangan kiri berpaut
Usah dilepaskan pekerjaaan yang ada sebelum mendapat pekerjaan yang baru
Jangan mengukur baju orang di badan sendiri
Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri
Jikalau menampi, jangan tumpah padinya
Berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna
Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan
Perkara yang tidak dapat diselesaikan, janganlak dikusutkan

v. Bahasa Kiasan
  • adalah kata-kata yang disusun secara ringkas dan khas.Kata-kata itu untuk menunjukan keadaan seseorang atau sesuatu benda, iaitu dengan cara yang dikhaskan atau dibandingkan dengan benda, orang serta perkara lain.
  • digunakan untuk menguatkan dan menjelaskan maksud sesuatu yang diucapkan dan mengindahkan bahasa. Selalunya, Bahasa Kiasan menggunakan perkataan-perkataan : seperti, bagai, macam, bak, laksana, umpama.
  • Contoh-contoh :
adil laksana hakim
angkuh seperti merak
baik seperti nabi
bebas seperti burung di angkasa
becok seperti murai
bengkang-bengkok seperti ular kena palu
berani seperti naga
berat seperti batu
berderai seperti kaca terhempas ke batu
bersih seperti kain putih
bersinar seperti permata
besar seperti gajah
betul bagai bendul
bijak laksana pendeta
bisa seperti racun
bodoh seperti lembu ; seperti keldai
bulat seperti
busuk seperti bangkai
cantik laksana bidadari
cerah bagai siang
cerdik seperti Sang Kancil
cepat bagai kilat
dalam bagai lautan
degil seperti keldai

LATIHAN

1. Isteri Encik Hassan cantik seperti _______ .
A kancil            C mayat
B bidadari         D kera

2. Kakak memakai sehelai baju yang merah seperti _______ ke majli hari
jadi kawannya .
A biji saga        C madu
B halia              D tepung

3. Saya telah memanggilnya beberapa kali dengan suara yang kuat ,tetapi dia
masih lagi pekak seperti _______ .
A lembu           C lebah-lebah
B kerbau          D badak

4. Adiknya rajin seperti _______ sebaik sahaja dari sekolah ,dia manolong
ibunya menjual air tebu di tepi jalan .
A kancil           C semut
B rusa              D kura-kura

5. Selepas hujan lebat ,jalan raya menjadi sangat licin macam _______ .
A getah            C lautan
B kapas           D belut

6. Air barli ini belum ditambah gula,sebab itulah rasanya tawar macam_______ .
A cuka             C tebu
B garam           D air

7. Rambut adik Ramlan ikal macam _______ .
A sutera           C mayang
B benang          D galah

8. Setelah disembur minyak wangi ,baju ini menjadi wangi seperti _______ .
A sembilu         C cabai
B bunga            D madu

9. Budak kecil itu tidak teranggat kotak berisi buku yang berat seperti _______ .
A batu              C kapas
B kertas            D ais

10. Muka pesakit itu pucat macam ________ .
A nabi              C syaitan
B mayat            D ulama

11. Peribahasa “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga” mempunyai
maksud yang sama dengan peribahasa berikut:
A. Sekali air bah, sekali pantai berubah.
B. Mencurah air ke daun keladi.
C. Air tenang jangan disangka tiada buaya.
D. Air ditetak tidak akan putus

12. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat .................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.

A. jalan keluar
B. jalan belakang
C. jalan pintas
D. jalan tengah

13. Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.

A.mengambil peluang
B.mengambil langkah
C.mengambil berkat
D.mengambil masa

14. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................. sehingga dia tahu yang mana satu hendak dibelinya.

A.gelap mata
B.putih mata
C.rambang mata
D.Rabun mata

15. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.

A.terang hati
B.sampai hati
C.cekal hati
D.ada hati

16. Rahman merupakan ............... pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.

A.tulang belakang
B.keras tulang
C.ringan tulang
D.tulang empat kerat


17. Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.

A. membuka tembelang
B. membuka langkah
C. membuka mulut
D. membuka mata


18. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ................ , nanti kita juga yang akan menyesal.

A. darah gemuruh
B. darah caging
C. darah muda
D. darah dingin

19. Amran berkata, "Inilah ............. saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ".

A. kata sepakat
B. kata hikmat
C. kata dua
D. kata putus

20. Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.

A ada hati
B. cekal hati
C. kecil hati
D. rendah hati

21. Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.

A. jauh hati
B. kecil hati
C. berat hati
D. patah hati

22. En. Hamidon seorang yang ................ . Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja - pekerjanya.

A. rendah diri
B. mata duitan
C. pilih kasih
D. hidung tinggi

23. Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.

A. berhati batu
B. berhati perut
C. bertegur sapa
D. bertikam lidah

24. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................

A. cepat tangan
B. bekas tangan
C. tangan sejuk
D. tangan terbuka

25. Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat ................

A. anak tiri
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata


26. Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.

A ambil hati
B iri hati
C. cekal hati
D. besar hati

27. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat ..............

A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib

28. Urusan .............. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.

A. campur tangan
B. guna tenaga
C. temu janji
D. jual beli

29. Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.

A. harga mati
B. jual mahal
C. naik harga
D. harga tetap

30. Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.

A . panjang akal
B. panjang lebar
C. panjang lidah
D. panjang bicara

31. Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual -bual dengan tidak menentu dan membuang masa sahaja.

A. cakap besar
B. khabar angin
C. omong kosong
D. mengadu domba

32. Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia ........... .

A. telinga lintah
B. telinga pekak
C. pekak tuli
D. pekak badak

33. Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu banyak barang yang menarik.

A. gelap mata
B.rambang mata
C.pening kepala
D.rambang hati

34. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang rumah.

A. berkaki bangku
B. berkaki ayam
C. berkaki botol
D. berkaki bola

35. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali kerana tingkahlakunya yang baik.

A.ibu angkat
B. anak emas
C. buah hati
D. ibu tiri

36. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja.

A. makan angin
B. memilih bulu
C. makan tidur
D. bermain mata

37 . Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .

A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung

38. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti .............
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit

39. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... .

A.berat perut
B. berat badan
C. berat mata
D. berat sebelah

40. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................ .

A. curi hati
B. curi tulang
C. curi ayam
D. curi kerja

41. " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.

A. Dengar telinga
B. Dengan lihat
C. Pasang telinga
D. Pasang mata

42. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal orang lain.

A.buah mulut
B. murah mulut
C. mulut besar
D. bawa mulut

43. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.
A. hati batu
B. kepala batu
C. batu keras
D. batu api

44. Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi kebajikan.

A. sepenuh hati
B. sepenuh suara
C. sebulat suara
D. sepenuh isi

45.. Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk Kampung Berata.

A. panjang tangan
B. ringan tulang
C. buah mulut
D. buah tangan

46. Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.

A. buah-buahan
B. buah hati
C. buah tangan
D. ringan tulang

47. Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.

A. panas baran
B. gila babi
C. gila pangkat
D. naik angin


48. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng oleh remaja-remaja yang ................. .

A. gatal tangan
B. lepas tangan
C. panjang tangan
D. buah tangan

49. Ismail ialah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti .................. .

A.minyak wangi
B. minyak hampir jatuh
C. minyak yang penuh
D. minyak masak

50. Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.

A. panjang tangan
B. buah tangan
C. berat tangan
D. depa tangan

51. Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.

A. budi bahasa
B. bahasa bunga
C. budi-budian
D. mulut berbahasa

52. ............. yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih dan tidak lalu makan.

A. Makan angin
B. Naik angin
C. Khabar angin
D. Mulut tempayan

53. Ain berasa ................. kerana tidak dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.

A. senang hati
B. terang hati
C. buta hati
D. susah hati

54. Chua ............. apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.

A. cari jalan
B. sua muka
C. besar hati
D. gelap mata

55. .................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh orang duta dari negara luar.

A. Serkap jarang
B. Serang hendap
C. Panjang tangan
D. Pukul curi

56. "Nampaknya, tahun ini padi kita ................... ", kata Wak Seman kepada isterinya.

A. kurang manis
B. kurang umur
C. kurang jadi
D. kurang tua

57. Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah
.................. .

A. makan hati berulam jantung
B. sudah jatuh ditimpa tangga
C. beringat-ingat sebelum kena
D. besar periuk, besarlah keraknya

58. Danial menyatakan ________________ nya untuk membeli sebuah kereta kepada isterinya.
A. ada hati
B. isi hati
C. ambil hati
D. jantung hati

59. Mak Cik Jarah mendapat ________________ sebagai sebahagian daripada pampas an selepas tanahnya diambil oleh pihak pemaju perumahan.
A. wang kopi
B. wang muka
C. wang hangus
D. wang belanja

60. Murid-murid Tahun 6 Aktif itu _________________ kerana mereka saling membantu ketika mencantikkan kelas mereka.
A. seperti isi dengan kuku
B. seperti aur dengan tebing
C. seperti bulan dengan matahari
D. seperti cincin dengan permata
 
Copyright © Blogwanmarzuki
Blogger Theme by BloggerThemes | Blogger Templates | Instant Approval Credit Cards | Sponsored by Busy Buzz Blogging