Maksud
- susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
- terbahagi kepada dua :
ii. peribahasa moden – dicipta selepas kemerdekaan.
Mengandungi susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Ia merangkumi :
i. Simpulan bahasa
ii. Perumpamaan
iii. Pepatah
iv. Bidalan
v. Bahasa kiasan.
i. Simpulan bahasa
- Kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata.
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya :
a. Ada angin
. mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
. sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri
b. Anak buah
. orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua
. anak saudara.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi makna yang sama. Contohnya :
Muka tembok, muka talam dan muka tebal.
Maksudnya, seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
Tua keladi, tua kutuk dan tua lengkuas
Maksudnya, seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi tidak senonoh atau jahat.
Contoh-contoh Simpulan Bahasa dan Maknanya.
Simpulan Bahasa | Maksud |
Ada angin | Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika |
Ada hati | Mempunyai keinginan |
Air muka | Rupa atau wajah seseorang |
Ajak-ajak ayam | Tidak bersungguh semasa mempelawa seseorang |
Ada bakat | Mempunyai tokoh atau perwatakan |
Alas perut | Makanan yang dimakan untuk sementara waktu |
Anak angkat | Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri |
Anak bapa | Anak yang disayangi oleh bapa |
Anak buah | - Orang yang dibawah jagaan seorang ketua - Anak saudara |
Anak emas | Anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya |
Angkat kaki | Meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab |
Atas angin | Negara-negara disebelah barat |
Atas pagar | Tidak menyebelahi mana-mana pihak |
Bau-bau bacang | Tali persaudaraan yang jauh |
Berbelah bahagi | Sukar untuk membuat keputusan |
Berat sebelah | Tidak berlaku adil |
Bermuka dua | Tidak jujur |
Bertikam lidah | Bertengkar atau berdebat |
Cari Jalan | Berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu |
Darah daging | Ank kandung |
Gelap mata | Hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta |
Jalan buntu | Tiada jalan penyelesaian |
Kacang hantu | Orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain |
Khabar angin | Berita yang belum tentu benarnya |
Lidah bercabang | Kata-kata yang tidak dapat dipercayai |
Malu-malu kucing | Berpura-pura malu dihadapan orang |
Mati katak | Mati dengan sia-sia |
Membabi buta | Melakukan sesuatu tanpa berfikir |
Membuka tembelang | Menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain |
Mencuci mata | Gembira memerhatikan sesuatu yang indah |
Mengabui mata | Cuba memperdaya atau menipu |
Nyawa-nyawa ikan | Hampir mati |
Paku belanda | Barangan yang tetap harganya |
Puteri lilin | Orang yang tidak tahan panas |
Serkap jarang | Membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa |
Tebal muka | Tidak tahu malu |
Telinga lintah | Tajam pendengaran |
Tidur-tidur ayam | Tidur yang tidak nyenyak |
Tin kosong | Bercakap besar tanpa ilmu |
Lintah darat | Mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan |
Pisau cukur | Perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki |
ii. Perumpamaan
- Susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas swerta mempunyai maksud yang tersirat
- Biasanya dimulai dengan bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
- Contoh-contoh dan maksudnya :
Perumpamaan | Maksud |
Bagai bunyi cempedak jatuh | Bunyi jatuh yang kuat |
Bagai dihiris dengan sembilu | Perasaan yang sangat pedih |
Bagai duri dalam daging | Sesuatu hal yang tidak maenyenangkan |
Bagai itik pulang petang | Berjalan lambat sekali |
Bagai kumbang putus tali | Amat cepat |
Bagai melepaskan batuk di tangga | Membuat sesuatu kerja sambil lewa |
Bagai mencencang air | Membuat pekerjaan yang sia-sia |
Bagai murai tercabut ekor | Seseorang yang becok mulutnya |
Bagai tikus membaiki labu | Merosakkan lagi barang yang dibaiki |
Bagai si kudung mendapat cincin | Orang yang tidak dapat menikmati atau menggunakan kemudahan yang diberi |
Seperti abu di atas tunggul | Kedudukan yang tidak tetap dan tidak terjamin |
Seperti anak ayam kehilangan ibu | Berpecah dan hilang tempat bergantung |
Seperti api dalam sekam | Perbuatan jahat yang tersembunyi |
Seperti ayam berak kapur | Muka pucat dan tidak bermaya |
Seperti bertih goreng | Bunyi bising atau percakapan yang tidak henti-henti |
Seperti cacing kepanasan | Tidak diam atau tenang, selalu gelisah |
Seperti embun di hujung tanduk | Kasih sayang yang tidak berkekalan |
Seperti harimau menyembunyikan kukunya | Menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya |
Seperti kera kena belacan | Tidak suka duduk diam |
Seperti tikus jatuh ke beras | Memperolehi kekayaan yang tidak disangka-sangka |
Seperti rusa masuk kampung | Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru |
iii. Pepatah
- Seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi ia mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah
- Contoh-contoh
Pepatah Melayu | Maksud |
Ditelan mati emak, diluah mati bapa | Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting |
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tengah-tengah | Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita |
Harapkan pagar, pagar makan padi | Percaya akan orang yang mengkhianati kita |
Kalah jadi abu, menang jadi arang | Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian |
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain | Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga |
Biar putih tulang, jangan putih mata | |
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan | Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya |
Gengganm bara api biar sampai jadi arang | Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya |
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya | Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa ada usaha |
Buang yang keruh ambil yang jernih | Buang yang kurang baik, ambil yang baik |
Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali | Lakukan kerja yang baik biarlah ada batasnya tetapi jangan melakukan kejahatan |
Hancur badan dikandung tanah budi baik dikenang orang | Budi yang baik akan diingati orang walaupun orangnya sudah meninggal |
Jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya | Janji mesti ditepati |
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan | Menunjukkan kesyukuran di atas pemberian kepada kita |
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi | Mendapat sesuatu yang diingini |
iv. Bidalan
- Susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan, terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran.
- Contoh-contoh bidalan :
Bidalan | Maksud |
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak | Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha |
Alur bertempuh, jalan berlurut | Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim |
Belum duduk sudah berlunjur | Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira |
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar | Perlu berhati-hati apabila melakukan sesuatu |
Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak | Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap |
Biar alah sabung, asalkan menang sorak | Tewas dalam perlawanan namum masih bercakap besar |
Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati | Biar hidup dalam kesusahan asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia |
Biar mati anak jangan mati adat | Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban |
Biar putih tulang jangan putih mata | Sanggup mati daripada menyerah kalah |
Buang yang keruh ambil yang jernih | Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja |
Biar pecah diperut jangan pecah dimulut | Menyimpan rahsia |
Genggam bara api biar sampai jadi arang | Bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu perkara |
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis | Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta |
Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak | Jangan berlagak sombong apabila mempunyai sesuatu kelebihan |
Jangan bermain di air keruh | Usah ditiru perbuatan yang buruk |
Jangan dilepaskan tangan kanan sebelum tangan kiri berpaut | Usah dilepaskan pekerjaaan yang ada sebelum mendapat pekerjaan yang baru |
Jangan mengukur baju orang di badan sendiri | Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri |
Jikalau menampi, jangan tumpah padinya | Berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna |
Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan | Perkara yang tidak dapat diselesaikan, janganlak dikusutkan |
v. Bahasa Kiasan
- adalah kata-kata yang disusun secara ringkas dan khas.Kata-kata itu untuk menunjukan keadaan seseorang atau sesuatu benda, iaitu dengan cara yang dikhaskan atau dibandingkan dengan benda, orang serta perkara lain.
- digunakan untuk menguatkan dan menjelaskan maksud sesuatu yang diucapkan dan mengindahkan bahasa. Selalunya, Bahasa Kiasan menggunakan perkataan-perkataan : seperti, bagai, macam, bak, laksana, umpama.
- Contoh-contoh :
angkuh seperti merak
baik seperti nabi
bebas seperti burung di angkasa
becok seperti murai
bengkang-bengkok seperti ular kena palu
berani seperti naga
berat seperti batu
berderai seperti kaca terhempas ke batu
bersih seperti kain putih
bersinar seperti permata
besar seperti gajah
betul bagai bendul
bijak laksana pendeta
bisa seperti racun
bodoh seperti lembu ; seperti keldai
bulat seperti
busuk seperti bangkai
cantik laksana bidadari
cerah bagai siang
cerdik seperti Sang Kancil
cepat bagai kilat
dalam bagai lautan
degil seperti keldai
LATIHAN
1. Isteri Encik Hassan cantik seperti _______ .
A kancil C mayat
B bidadari D kera
2. Kakak memakai sehelai baju yang merah seperti _______ ke majli hari
jadi kawannya .
A biji saga C madu
B halia D tepung
3. Saya telah memanggilnya beberapa kali dengan suara yang kuat ,tetapi dia
masih lagi pekak seperti _______ .
A lembu C lebah-lebah
B kerbau D badak
4. Adiknya rajin seperti _______ sebaik sahaja dari sekolah ,dia manolong
ibunya menjual air tebu di tepi jalan .
A kancil C semut
B rusa D kura-kura
5. Selepas hujan lebat ,jalan raya menjadi sangat licin macam _______ .
A getah C lautan
B kapas D belut
6. Air barli ini belum ditambah gula,sebab itulah rasanya tawar macam_______ .
A cuka C tebu
B garam D air
7. Rambut adik Ramlan ikal macam _______ .
A sutera C mayang
B benang D galah
8. Setelah disembur minyak wangi ,baju ini menjadi wangi seperti _______ .
A sembilu C cabai
B bunga D madu
9. Budak kecil itu tidak teranggat kotak berisi buku yang berat seperti _______ .
A batu C kapas
B kertas D ais
10. Muka pesakit itu pucat macam ________ .
A nabi C syaitan
B mayat D ulama
11. Peribahasa “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga” mempunyai
maksud yang sama dengan peribahasa berikut:
A. Sekali air bah, sekali pantai berubah.
B. Mencurah air ke daun keladi.
C. Air tenang jangan disangka tiada buaya.
D. Air ditetak tidak akan putus
12. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat .................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A. jalan keluar
B. jalan belakang
C. jalan pintas
D. jalan tengah
13. Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A.mengambil peluang
B.mengambil langkah
C.mengambil berkat
D.mengambil masa
14. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................. sehingga dia tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A.gelap mata
B.putih mata
C.rambang mata
D.Rabun mata
15. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.
A.terang hati
B.sampai hati
C.cekal hati
D.ada hati
16. Rahman merupakan ............... pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.
A.tulang belakang
B.keras tulang
C.ringan tulang
D.tulang empat kerat
17. Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A. membuka tembelang
B. membuka langkah
C. membuka mulut
D. membuka mata
18. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ................ , nanti kita juga yang akan menyesal.
A. darah gemuruh
B. darah caging
C. darah muda
D. darah dingin
19. Amran berkata, "Inilah ............. saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ".
A. kata sepakat
B. kata hikmat
C. kata dua
D. kata putus
20. Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.
A ada hati
B. cekal hati
C. kecil hati
D. rendah hati
21. Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.
A. jauh hati
B. kecil hati
C. berat hati
D. patah hati
22. En. Hamidon seorang yang ................ . Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja - pekerjanya.
A. rendah diri
B. mata duitan
C. pilih kasih
D. hidung tinggi
23. Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.
A. berhati batu
B. berhati perut
C. bertegur sapa
D. bertikam lidah
24. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
A. cepat tangan
B. bekas tangan
C. tangan sejuk
D. tangan terbuka
25. Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat ................
A. anak tiri
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata
26. Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.
A ambil hati
B iri hati
C. cekal hati
D. besar hati
27. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat ..............
A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib
28. Urusan .............. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.
A. campur tangan
B. guna tenaga
C. temu janji
D. jual beli
29. Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati
B. jual mahal
C. naik harga
D. harga tetap
30. Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.
A . panjang akal
B. panjang lebar
C. panjang lidah
D. panjang bicara
31. Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual -bual dengan tidak menentu dan membuang masa sahaja.
A. cakap besar
B. khabar angin
C. omong kosong
D. mengadu domba
32. Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia ........... .
A. telinga lintah
B. telinga pekak
C. pekak tuli
D. pekak badak
33. Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu banyak barang yang menarik.
A. gelap mata
B.rambang mata
C.pening kepala
D.rambang hati
34. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang rumah.
A. berkaki bangku
B. berkaki ayam
C. berkaki botol
D. berkaki bola
35. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali kerana tingkahlakunya yang baik.
A.ibu angkat
B. anak emas
C. buah hati
D. ibu tiri
36. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja.
A. makan angin
B. memilih bulu
C. makan tidur
D. bermain mata
37 . Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung
38. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti .............
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit
39. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... .
A.berat perut
B. berat badan
C. berat mata
D. berat sebelah
40. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................ .
A. curi hati
B. curi tulang
C. curi ayam
D. curi kerja
41. " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
A. Dengar telinga
B. Dengan lihat
C. Pasang telinga
D. Pasang mata
42. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal orang lain.
A.buah mulut
B. murah mulut
C. mulut besar
D. bawa mulut
43. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.
A. hati batu
B. kepala batu
C. batu keras
D. batu api
44. Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi kebajikan.
A. sepenuh hati
B. sepenuh suara
C. sebulat suara
D. sepenuh isi
45.. Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk Kampung Berata.
A. panjang tangan
B. ringan tulang
C. buah mulut
D. buah tangan
46. Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
A. buah-buahan
B. buah hati
C. buah tangan
D. ringan tulang
47. Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.
A. panas baran
B. gila babi
C. gila pangkat
D. naik angin
48. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng oleh remaja-remaja yang ................. .
A. gatal tangan
B. lepas tangan
C. panjang tangan
D. buah tangan
49. Ismail ialah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti .................. .
A.minyak wangi
B. minyak hampir jatuh
C. minyak yang penuh
D. minyak masak
50. Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.
A. panjang tangan
B. buah tangan
C. berat tangan
D. depa tangan
51. Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.
A. budi bahasa
B. bahasa bunga
C. budi-budian
D. mulut berbahasa
52. ............. yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih dan tidak lalu makan.
A. Makan angin
B. Naik angin
C. Khabar angin
D. Mulut tempayan
53. Ain berasa ................. kerana tidak dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.
A. senang hati
B. terang hati
C. buta hati
D. susah hati
54. Chua ............. apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.
A. cari jalan
B. sua muka
C. besar hati
D. gelap mata
55. .................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh orang duta dari negara luar.
A. Serkap jarang
B. Serang hendap
C. Panjang tangan
D. Pukul curi
56. "Nampaknya, tahun ini padi kita ................... ", kata Wak Seman kepada isterinya.
A. kurang manis
B. kurang umur
C. kurang jadi
D. kurang tua
57. Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah
.................. .
A. makan hati berulam jantung
B. sudah jatuh ditimpa tangga
C. beringat-ingat sebelum kena
D. besar periuk, besarlah keraknya
58. Danial menyatakan ________________ nya untuk membeli sebuah kereta kepada isterinya.
A. ada hati
B. isi hati
C. ambil hati
D. jantung hati
59. Mak Cik Jarah mendapat ________________ sebagai sebahagian daripada pampas an selepas tanahnya diambil oleh pihak pemaju perumahan.
A. wang kopi
B. wang muka
C. wang hangus
D. wang belanja
60. Murid-murid Tahun 6 Aktif itu _________________ kerana mereka saling membantu ketika mencantikkan kelas mereka.
A. seperti isi dengan kuku
B. seperti aur dengan tebing
C. seperti bulan dengan matahari
D. seperti cincin dengan permata
0 comments:
Post a Comment